Bangun pagi celik mata dapat tengok sekeliling...
masih bangun di kediaman yang selesa..
Bukan di sebelah timbunan runtuhan..
Azan berkumandang, oh aku masih dapat mendengar hari ini..
Berjalan ke bilik air, wah.. tangan kaki masih semua boleh guna..
Dan seterusnya sampai berkesempatan menaip status ini..
Semuanya Dia bagi tanpa kita minta dan jarang sekali dalam doa kerana kita percaya akan ada..
Ramai merungut, tentang perkara kecil yang boleh diusahakan namun terlupa dengan nikmat yang sedia ada yang jika hilang mungkin usaha bagaimana pun ia mungkin takkan kembali..
Mudahkan sebenarnya bersyukur?
Syukur, permulaan bagaimana terdetik untuk buat solat sunat dhuha..
Mulanya dalam pertengahan tahun 2011..
Sebelum makngah berpindah ke Qatar lagi..
Alhamdulillah, masih diberikan keselesaan dan ketetapan hati untuk mengerjakannya sehingga jika ia tertinggal menjadi satu perasaan kurang selesa sehingga tengahari..
Solat sunat dhuha merupakan salah satu sunnah Nabi SAW yang sangat banyak kebaikannya dan membuka pintu rezeki..
Ramai beranggapan rezeki itu hanya bentuk harta dan kelebihan dalam kewangan.
Keduanya salah satu cabang rezeki..
Rezeki sebenarnya luas. Mudah dalam perjalanan dan pekerjaan seharian itu rezeki, sihat tubuh badan itu rezeki, masih punya hidangan itu rezeki, masih punya pekerjaan pun rezeki, dapat mendengar suara ibu ayah itu rezeki dan banyak lagi. Sangat besar rahmatNya pada kita yang seringkali kita lupa dan tidak bersyukur.
“Daripada Aisyah radiyAllahuanha, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tak susahkan nak amal sunnah?
Mari kita mulakan istiqamah dengan solat sunat dhuha 2 rakaat setiap hari sebagai tanda kesyukuran kita pada hari tersebut.
Semoga kita konsisten sekaligus menambah amalan kita agar berada di dalam keredhaanNya.

No comments:
Post a Comment