Wednesday, 24 September 2014

Eczema yang semakin baik dengan Vivix Shaklee

Kali pertama saya mencuba Vivix Shaklee adalah selepas 3 bulan keahiran anak ketiga saya, Uwais.  ini bukan saja-saja atau suka-suka.  Sebetulnya, pada masa itu saya tengah usahakan untuk meningkatkan imuniti tubuh si kecil kerana Uwais mengalami Ekzema yang agak teruk.  Jika umminya salah makan, pasti dia menggaru seboleh-bolehnya pada bahagian muka dan akhirnya kulitnya yang licin menjadi menggerutu dan adakalanya berdarah!

Memang pening! sebab, anak-anak sebelum ini iaitu Adam dan Daiyan tiada masalah ekzema, sememangnya ini pengalaman baru dan dah tentunya menuntut saya untuk lebih membaca dan meneroka untuk mengenali apakah Ekzema ini.


Melalui pembacaan atau 'research' yang saya buat, ekzema boleh menggila apabila sistem ketahanan badan atau dikenali sebagai imuniti tubuh kurang dan sistem penghadaman yang kurang baik. Pelbagai ikhtiar yang saya dan suami usahakan, namun semuanya bersifat menutup simptom yang berlaku terhadap Uwais dan yang pastinya ia bersifat sementara, bila terlanggar pantang, maka si kecil akan menggaru lagi.

Mujur pada masa tersebut tergerak hati nak mencari maklumat mengenai Vivix, ye lah kan...dah jadi ahli Shaklee, dah suka banyak produk Shaklee, mengapa tidak saya membaca dan mencuba produk unggulnya, Vivix.  

"Not intended for use by children, or by pregnant or lactating woman"
Vivix merupakan suplemen yang baik sekali untuk kesihatan keseluruhan.  Diperbuat dari ramuan semulajadi seperti Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Elderberi, dan Polygonum Cuspidatum. Ia memberikan perlindungan antioksidan.  Perlindungan antioksidan melalui bahan-bahan semulajadinya menyokong untuk mempertingkatkan daya tahan tubuh.  Kebetulan, saya memang sedang berikhtiar untuk meningkatkan imuniti tubuh, dan di sinilah bermulanya pengambilan Vivix dan berharap Vivix menjadi salah satu asbab memperbaiki keadaan ekzema Uwais.

Oleh kerana si kecil menyusu badan sepenuhnya, bagi saya makin mudahlah untuk ikhtiar tingkatkan imuniti, pengambilan Vivix si ibu membantu dalam 'pengagihan' khasiat Vivix kepada bayi yang menyusu melalui susu ibu.

Pasti ada yang kehairanan mengapa saya mengambil Vivix sedngkan pada botolnya, terang-terang menyatakan Vivix tidak digalakkan kepada ibu yang menyusukan bayi dan wanita yang mengandung.  Peringatan ini dinyatakan pada label botol Vivix kerana dalam penghasilan Vivix, mereka telah melakukan uji kaji terhadap peserta kajian namun tiada peserta yang mengandung dan menyusukan bayi yang dilibatkan untuk mengambil data kesan Vivix terhadap individu berkaitan.  Pengambilan Vivix oleh saya sendiri merupakan pilihan sendiri dan sangat faham, risiko juga ditanggung sendiri.  Alhamdulillah, tiada kesan sampingan yang pelik-pelik atau memudaratkan terhadap bayi saya setelah beberapa bulan mengambil Vivix dan masih saya amalkan sehingga hari ini.

Mempunyai anak ekzema lagi-lagi masih menyusu badan, ia amat menguji fizikal, mental serta emosi si ibu dan ahli keluarga.  Mana kan tidak, suami dan anak-anak lain perlu turut sama berpantang makanan yang menyebabkan alahan pada penghidap ekzema.  Selain itu, dari sudut sosialnya, memang seboleh-bolehnya mengelak untuk tidak makan makanan yang dihidang oleh tuan rumah jika dijemput lebih-lebih lagi hampir kesemua makanan yang dihidangkan mengandungi bahan yang mencetus ekzema si anak apabila si ibu mengambilnya.  Sebagai individu yang diajar untuk tidak mengecewakan orang lain, sebagai tetamu, kita pun makan juga lah walaupun sedia maklum anak akan menerima akibat lepas beberapa jam selepas makan. Belum lagi dikira penerangan yang panjang kepada sesiapa yang berjumpa dengan kita pada satu-satu majlis kerana di luar sana ramai yang kurang pendedahan mengenai ekzema.  Mereka akan bertanya itu dan ini dan tak kurang melihat kesan ekzema pada si anak dengan pandangan yang kurang menyenangkan. Sampai satu ketika, keadaan ini membuatkan saya kurang mahu menerima sebarang jemputan.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan mengamalkan Vivix, saya nampak Uwais tidak terlalu alah pada makanan yang saya tersalah makan seperti makanan yang mengandungi hasil tenusu, telur dan beberapa jenis hasil laut seperti ikan tertentu.  Apa yang saya lihat, kawasan serangan ekzemanya semakin kurang saban bulan, dari pipi yang menggerutu, pipinya semakin licin dan kawasan badan yang terjejas semakin kurang liputan ekzemanya, Alhamdulillah.  Namun begitu saya masih perlu mengelakkan pengambilan makanan yang Uwais alah, imuniti nya semakin meningkat dan alahannya tidak begitu teruk seperti sebelumnya.



Selain meningkatkan imuniti, ternyata Vivix memberi keserian pada kulit, kulit semakin baik teksturnya, wajah berseri seolah-olah menggunakan pemerah pipi. Kulit yang semakin halus antara maklum balas yang diberikan pelanggan Shaklee saya, mereka sangat teruja, selain dari segi tenaga/stamina meningkat.

Kesan dari perlidungan antioksidan melalui kandungan dalam resveratrol dan polifenol pada Vivix, saya dapati berat badan saya tidak naik mendadak walaupun selalu terbabas dalam mengawal kuantiti makanan yang diambil, namun begitu, kita harus tahu, Vivix bukanlah satu-satunya 'usaha' anda untuk kurangkan berat berlebihan tanpa megawal pemakanan dan tanpa aktiviti kecergasan.  Anda masih perlu mempunyai kekuatan sendiri untuk mengawal nafsu makan yang tidak sihat.

Vivix juga membantu menstabilkan kadar gula dalam darah bersama ubatan yang diberikan doktor ayah saya sendiri apabila beliau dimasukkan ke wad pada hampir setengah tahun yang lalu akibat kenaikan mendadak paras gula dalam darahnya.  Gabungan Vivix bersama ubatan hospital menyebabkan kandungan gulanya lebih cepat mencapai paras stabil kurang seminggu dari hari pertama mengambil Vivix.  Sebagai anak yang jauh dari orang tuanya, sudah pasti ia membuatkan saya rasa sangat bersyukur apabila mendengar tahap kesihatan ayah kita semakin baik, Alhamdulillah.

 Kesimpulannya, Vivix bagi saya adalah yang terbaik kerana ia bermanfaat pada golongan muda dan berusia.  Bermanfaat pada kesihatan keseluruhan, berbaloi dengan harganya, malah boleh dikatakan manfaatnya jauh lebih banyak berbanding harganya.  Sangat sesuai dijadikan hadiah pada orang yang tersayang seperti suami /isteri, ibu dan ayah.  Pengambilannya hanya sesudu teh sehari amat mudah dengan rasa yang agak sedap seperti ribena pekat.

Anda nak merasai sendiri kesan sampingan Vivix atau ingin menghadiahkan pada insan yang tersayang yang jauh di mata atau yang selalu berada di sisi?

Untuk menikmati potongan 15-20% setiap produk Shaklee, anda dijemput untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee.  Keahlian yang bernilai Rm75 untuk beralamat di semenanjung Malaysia dan Rm 85 untuk anda yang berada di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan


 Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Telegram

 +974 3343 2293
PM di Facebook : Nurul Fatiha / Ikhtiar Nutrisi

Like page :Ikhtiar Nutrisi

Email :ikhtiarnutrisi@gmail.com


* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 


1 comment:

  1. Tak rugi langsung jadikan vivix ni penawar bagi eczema. InsyaAllah berkesan, juga untuk penyakit kronik yg lain

    http://fatinsoho.com/pince-and-pints-tempat-makan-best-kl/

    ReplyDelete