Saturday, 20 September 2014

Anak kurang selera makan?


Anak-anak yang kurang berselera makan pasti merisaukan ibu-bapa.  Mana tak nya, selain risau anak kekurangan nutrisi, seringkali kita sebagai ibu bapa dipersoalkan, kita bagi anak makan atau tidak, nampak macam kurus je!

Sebagai ibu bapa yang peka, kita haruslah mengenal pasti apakah punca masalah anak tidak mahu makan.  Antara punca anak anda kurang berselera makan ialah :




 Leka bermain

Antara punca yang paling biasa adalah anak-anak tidak lalu makan ialah leka bermain sehingga lupa akan waktu makannya dan terlebih seronok.  Ini menyebabkan mereka tak terasa lapar, tapi biasalah, bila dah mula penat bermain, barulah mencari makanan.  Keadaan ini agak tidak elok untuk tumbesaran mereka memandangkan waktu makan yang tidak menentu juga akan mengganggu proses normal kanak-kanak untuk membesar.

Memilih makanan (Picky Eater)

Melayan karenah anak-anak yang memilih makan sudah tentu memerlukan kesabaran yang tinggi.  Ada di kalangan ibu yang bersungguh-sungguh menyediakan makanan yang bervariasi namun ditolak mentah-mentah oleh si anak.  Keadaan ini juga tidak baik untuk anak-anak kerana mereka berisiko mengalami kekurangan nutrisi akibat daripada memilih makan.

 Diberikan makanan ringan sebelum waktu makan utama

Ini seringkali terjadi apabila si ibu atau si ayah menggunakan alternatif dengan memberikan makanan ringan ; junk food seperti keropok, biskut dan sebagainya bagi mengelakkan anak mengganggu tugasan atau kerja semasa kehadiran anak-anak di sisi.  Perkara seperti haruslah dielakkan lagi-lagi kebanyakan atau hampir semua makanan ringan yang tinggi gula, tinggi garam, lemak amatlah tidak baik untuk imuniti si anak kerana kandungan pengawet, pewarna, gula putih dan banyak lagi bahan yang sangat mengganggu bukan sahaja imuniti tubuh malah, deria rasa anak mudah dipengaruhi oleh rasa makanan ringan yang lebih tinggi bahan perasa sintetik.


Bagaimana mengatasi masalah anak kurang selera makan?

  • Tegas - ibu bapa haruslah bertegas apabila dalam menentukan bila dan di mana seharusnya berhenti bermain atau mengadap gajet yang hampir semua ibu bapa masa kini sediakan untuk anak mereka.  Jadual waktu makan haruslah diikuti si anak dan dengan syarat ibu bapa juga harus komited dengan jadual yang ditentukan tadi denagan memastikan makanan sudah tersedia pada masa tertentu.
  •  Kanak-kanak mudah tertarik dengan makanan yang berwarna-warni, apatah lagi di tata-rias dengan pelbagai bentuk.  Ibu bapa seharusnya kreatif dalam menghias dan memvariasikan makanan anak-anak iaitu dengan mempelbagaikan menu bagi menggalakkan mereka  hanya menyukai satu-satu makanan. Ini sangat baik bagi memenuhi keperluan nutrien yang diperolehi dari pelbagai makanan yang diambil.  
  •  Elakkan memberi makanan ringan kepada anak-anak apatah lagi sebelum waktu makan   utama.  Ini akan menyebabkan mereka kenyang sebelum makan makanan utama.  Bagi mengelakkan anak-anak berasa terlalu lapar, amatlah digalakkan mereka diberi sedikit buah-buahan atau salad buah di antara waktu makan atau sejam ke setengah jam sebelum waktu makan utama.
  • Makan bersama dengan anak-anak membangkitkan semangat anak-anak kecil untuk makan.  Amalan makan makanan yang berkhasiat dan seimbang dapat dipupuk jika amalan makan bersama dilakukan sejak anak-anak masih kecil.  Anak kecil biasanya akan meniru apa yang ibu bapa mereka lakukan, ambil peluang masa makan bersama ini dengan memberi contoh makan sayur-sayuran yang biasanya anak-anak kurang gemar.  Bagaimana nak membentuk anak untuk makan makanan berkhasiat jika ibu bapa sendiri tidak gemar makan sayur dan hidangan berkhasiat dan seimbang. Bak kata pepatah, bagaikan ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus tetapi dirinya masih berjalan ke tepi.


Penangan Meal Shakes Shaklee!
  
Sebagai ibu, kita amat menitikberatkan keperluan nutrisi yang seimbang untuk anak-anak.  Meal Shakes Shaklee yang mengandungi vitamin dan mineral penting dalam tumbesaran anak-anak amat mudah disediakan selain ia merupakan sumber terbaik serat pemakanan dan protein.

Kesedaran bahawa anak-anak mungkin kekurangan nutrisi melalui makanan seharian yang dimasak dengan suhu tinggi dan tempoh lama menyebabkan saya mengambil alternatif untuk mencuba Meal Shakes, yang mengejutkan selera anak menjadi-jadi!
Seronok sangat bila anak-anak lebih berselera makan di samping memastikan yang terbaik untuk mereka.  Alhamdulillah, anak-anak tak mudah jatuh sakit sejak mengamalkan Meal Shakes di dalam minuman kegemaran mereka. Anak-anak juga lebih mudah belajar dan masalah sembelit anak kedua yang dia alami sejak bayi lagi, beransur hilang.  Masalah kuku mudah pecah yang dialami oleh anak sulung semakin berkurangan.



Bancuhan Meal Shakes memang digemari oleh kanak-kanak mahupun dewasa dengan wangian dan rasa Vanila nya.  Jangan tak tahu, Meal Shakes Shaklee juga sesuai untuk dewasa, terutamanya individu yang sukar menelan pil tetapi mahu mengambil multivitamin untuk penjagaan kesihatan.

Bulan September 2014 merupakan bulan promo Meal Shakes beli 3 percuma 1.  Rugi kalau anda tak rebut peluang keemasan ni, lebih jimat sehingga RM 113.75 sebab beli 3 dapat satu canister Meal Shakes percuma.

 Nak lagi jimat?
Anda dijemput untuk menjadi ahli untuk menikmati penjimtan setiap produk Shaklee 15% hingga 20%.  Yuran serendah RM 75 bagi beralamat di Semenanjung Malaysia dan RM 85 untuk arga Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
 
Hubungi saya melalui emel ikhtiarnutrisi@gmail.com atau di nombor +974 3343 2293 untuk pesanan produk Shaklee anda atau ingin menjadi ahli.


Penangan Meal Shakes, balik dari beli baju sekolah, singgah kedai sebab anak-anak nak makan lagi hehe





* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment