Kali pertama saya mencuba Vivix Shaklee adalah selepas 3 bulan keahiran anak ketiga saya, Uwais. ini bukan saja-saja atau suka-suka. Sebetulnya, pada masa itu saya tengah usahakan untuk meningkatkan imuniti tubuh si kecil kerana Uwais mengalami Ekzema yang agak teruk. Jika umminya salah makan, pasti dia menggaru seboleh-bolehnya pada bahagian muka dan akhirnya kulitnya yang licin menjadi menggerutu dan adakalanya berdarah!
Memang pening! sebab, anak-anak sebelum ini iaitu Adam dan Daiyan tiada masalah ekzema, sememangnya ini pengalaman baru dan dah tentunya menuntut saya untuk lebih membaca dan meneroka untuk mengenali apakah Ekzema ini.
