Tuesday, 11 April 2017

Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Alhamdulillah, masih ada bekalan vivix ni.


Baru je buka, dan makan ambil untuk dos malam ni😊


Mula ingatkan vivix ni untuk orang berusia lebih 40 tahun je tak pun yang memang dah ada penyakit. Rupanya tak, vivix ni sangat sesuai untuk ikhtiar penjagaan kesihatan.

Kalau banyak membaca baru tahu ada lagi banyak benda kita tak tahu..


Satu suplemen yang makngah sangat syorkanlah untuk diamalkan.  InsyaAllah, berbaloi dengan nilainya.



Pertama kali mencuba vivix semasa Uwais pun tak sampai setahun lagi, tak ingat dah bila mula..samada 3-6 bulan lepas bersalin Uwais gitu. 


Tujuan nak cuba masa tu sebab Uwais ada eczema yang teruk. Teruknya sampai dia sedap garu, habis basah cadar tilam dengan darah pipinya😥


Masa tu, memang sambil-sambil 'belajar semula' nak kenal dengan eczema ni walaupun sebelum tu semasa lepas bersalin Daiyam, eczema makngah sendiri menggila. 

Allah, rasanya Tuhan je tau.. dengan jari yang sampai berair, mana nak mandikan anak-anak kecil lagi. Si sulong pun belum sampai 2 tahun, adiknya baru 2-3 bulan. Tinggal jauh dengan keluarga. Makan pun tak menentu, sebab beranak jarak tak jauh, makan ikut dan bagai. Eh, ter throwback pula😂

Kalau nak cerita throwback ni lebih 2000 patah perkataan hihihi.

Apa pun, setiap kesulitan pasti ada kemudahan selepasnya. Seperti difirmankan dalam surah al Insyirah, 2 kali Allah sebut.


Berbalik cerita eczema Uwais tadi, makngah cuba amalkan vivix untuk menguatkan imuniti. Eczema adalah satu masalah akibat dari gangguan imuniti tubuh kita. Bayi memang rendah imunitinya. Jadi, oleh kerana bayi yang menyusu ibu bergantung dengan pemakanan ibunya memang sangat perlu si ibu yang mengusahakan dirinya agar dapat membekalkan susu yang berkualiti untuk bayinya.


Tidak dinafikan disamping pengambilan suplemen lain seperti ESP, vitamin C, Omegaguard dan GLA Complex juga membantu dalam mengurangkan gejala eczema. Berkat doa dan usaha yang tak jemu umminya telan banyak jenis suplemen shaklee disamping mengelak pemakanan yang menyebabkan eczema mengganas, kurang setahun, kulit Uwais semakin kebal dan licin. Siapa ada tengok video Uwais diagah 2-3 hari lepas, masa tu umurnya 11 bulan lebih kurang. Semakin hari umurnya menganjak ke setahun dia kurang alah kepada makanan yang memang kita tak boleh ambil semasa tempoh penyusuannya.


Ada juga yang tegur, cepatnya eczema dia hilang, ada mengadu anaknya lebih setahun masih lagi teruk nak menjaga bab eczema anaknya. Alhamdulillah, biiznillah.. ikhtiar diizinkanNya.


Bab rezeki aku atau kau, semua Dia atur. 

Kita hamba doa, yakin dengan percaya bersama usaha.


Cakap pasal usaha ikhtiar, vivix adalah suplemen boleh dipercayai. Selamat dan tanpa kandungan steroid👍🏻

Rezeki lebih, memang kena terus amalkan vivix ni. Nak cerita kebaikannya pasti paling kurang tambah 2 kali ganda panjangnya karangan yang dah sedia ada ni😝


Kalau nak order pm makngah ya👌🏻


*******************************************


Bercerita kisah lama, berkenang pula gambar dua beradik ni, masa ni Adam pun setahun 2 bulan, adiknya dah ada dah😍

Tumpang lalu hehehe



No comments:

Post a Comment