Thursday, 12 January 2017

Penantian dengan sabar dan usaha-Trying To Conceive

Memiliki zuriat sendiri adalah impian setiap yang bergelar suami isteri. 

Pada awal perkahwinan lagi kebiasaanya pasangan akan ditanya nak merancang ada berapa orang anak, dan ada pula yang cadangkan jantina mana yang lebih baik dulu jadi anak sulung😅

Bagi Cik N dan suaminya mereka sangat tak kisah mengenai jantina apakah yang bakal jadi anak sulung, berapa orang anak yang akan ada.

Menjelang 6 bulan lepas kahwin mak kepada cik N sendiri tanya bila boleh timang cucu, cik N katakan mungkin belum rezeki. Cik N dan suaminya tidak merancang untuk bertangguh namun belum rezeki.

Setelah hampir setahun, bukan sahaja maknya sendiri malah makcik sebelah suaminya pun mula bertanya setiap kali berjumpa, maklumlah suami cik N merupakan anak menakannya yang paling dia sayang sehingga suatu hari makcik tersebut mencadangkan untuk berjumpa bomoh kerana bimbangkan cik N mempunyai 'gangguan' kerana tidak mengandung lagi memandangkan anak saudaranya yang lain mula mengandung tak lebih dari 6 bulan lepas berkahwin.
Cik N dan suami menolak dengan baik dan bermulalah episod makcik tersebut berasa hati.

Cik N dan suaminya mula ikhtiar dengan kaedah yang sepatutnya setelah setahun lebih mereka belum lagi punya khabar bakal jadi mak ayah. Ini berlanjutan sehingga 4 tahun. Mereka tetap redha walaupun telah berusaha dengan berbagai kaedah sehingga berjumpa dengan pakar kesuburan.

Dari ubat tradisional, herba cina, semua mereka telan seperti yang dicadangkan oleh rakan-rakan dan keluarga malah kaedah semulajadi seperti pemakanan dan berbagai lagi juga rawatan kesuburan dijalankan namun tiada tanda cik N mengandung. 

Suatu hari cik N terjumpa artikel mengenai suplemen Shaklee, setelah diteliti dia berminat untuk mencuba set kesihatan asas, dia dan suami sama-sama mengamalkan pengambilan suplemen sehingga 6 bulan kawan cik N yang merupakan pengedar Shaklee cadangkan untuk menambah GLA Complex dan Vivix.
Suami isteri ini pekakkan telinga sahaja jika ada yang bertanya malah lebih teruk menyindir mereka kerana dah cuba macam-macam namun tiada hasil.

Suami isteri konsisten hampir setahun, dengan ikhtiar penjagaan kesihatan dengan suplemen shaklee kerana sukakan kesan ke atas kecergasan dan daya tumpuan semasa bekerja.

Sememang rezeki suami isteri ini, hampir tahun ke enam setelah berkahwin, cik N disahkan mengandung. Suami isteri ini sangat gembira lebih-lebih lagi doktor sahkan cik N mengandung anak kembar.
Dari set asas, cik N amalkan set menagndung dan seterusnya berpantang dengan suplemen Shaklee kerana sangat puas hati dengan kesan ke atas kesihatan mereka suami isteri dan kandungannya.
Biidznillah.

Alhamdulillah, sekarang dah 2 tahun cik N selepas melahirkan bayi kembarnya secara normal. Dia disahkan pula mengandung lagi.

Tahniah cik N dan suami dengan perkhabaran gembira lagi😊

Kagum dengan ketabahan dan kesungguhan cik N suami isteri, berkat sabar dengan ikhtiar walau dihujani pertanyaan dan adakalanya sindiran, mereka hanya biarkan segalanya berlalu tanpa bermasam muka dan berkecil hati.

Orang sabar, redha dalam masa yang sama berusaha akan beroleh kegembiraan yang diharapkan malah digandakan bila masanya sesuai untuk mereka.

#tsunamishaklee
#teamgegar

No comments:

Post a Comment