Wednesday 10 May 2017

Impian tercapai di Georgia dan Armenia.

Masa makngah buat vb ni, sanggup berjaga malam, punyalah semangat cari gambar dan print. 

Dengan kepercayaan, Dia izinkan maka akan sampailah nanti. Pasal lokasi tak la 'strict' sangat sebenarnya, yang penting hajat tercapai. Kita ikut aje la orang kata kat situ biasa ada, maka ke situlah kita. Sedangkan tempat lain pun ada.

Georgia?

Pada mulanya, si suami yang cerita kawannya ke Georgia tempatnya cantik, punya tak ada perasaan sebab kononnya nak bawa anak main salji kat Uludag, Turki(dah kawan dan kenalan biasa ke situ sebab paling dekat). Sampai satu ketika, kak kep ke Georgia main salji, oh.. Georgia ada salji maka kita tukar plan😂

Terima kasih kak kep😘

Bab bunga sakura dan Gunung Fuji yang bersalji tu pun tak sangka dapat tengok look-alike semasa ke Armenia, tak pernah nak sebut nama Armenia. Tergerak nak ke Armenia bila tengok itinerary tour guide bagi untuk dipilih. Masa baca tu, barulah kita google attractions tu semua. Baru nak belajar berjalan. Sebab kami tak terdedah pun bab jalan-jalan ni melainkan setahun dua kebelakangan ni terdedah dengan kumpulan iReach. Perkongsian yang menarik dan bagus dari ahli-ahlinya tentang banyak perkara. Memang tak menyesal 'terlekat' dengan Ireach.(bangga juga walau diriku hanya 'ada-ada' sahaja😂)

Bila melihat di tepi-tepi jalan Georgia semasa menuju Gudauri-ski resort, seakan pokok sakura, terperasan dalam hati-eh, ni macam yang aku letak kat vb ni!

Gembira bukan kepalang!

MashaAllah, baiknya Dia😭

Dan terus berharapan boleh mendekati pokoknya sekali pegang bunganya. Tour guide pun ada bagitau, selain cherry blossom(sakura), pokok peach pun berbunga begitu dan peach adalah antara tanaman pertanian di rantau mereka.

Bila di Yerevan, macam dah tak berharap dah jumpa pokok seakan sakura sebabnya Armenia lebih banyak kehijauannya masa itu. Cuma terperasan gunung yang diliputi salji macam gunung fuji dalam perjalanan dari Lake Sevan ke Yerevan. Diberitakan gunung tersebut adalah Gunung Ararat-kebanggan rakyat Armenia dan mereka masih berbangga dengannya walaupun ia dalam jajahan negara Turki.

Nak jadi cerita bab sakura tu, kami ke puncak bukit untuk ke tugu Mother of Armenia sekali melihat pemandangan Yerevan dari atas. MashaAllah, memang cantik dengan latar Gunung Ararat walaupun sebahagiannya ditutupi awan. Terperasan ada taman di tepi pokok merimbun dengan bunga putih, semasa berjalan nak balik ke van kami, makngah menyimpang seorang ke taman nak ambil gambar dan nak tengok dekat kalau boleh pegang bunganya😅

Bila kemana-mana, memang makngah minat tengok pokok-pokoknya.

Bila mendekat, rasa hati Dia sahaja yang tahu..

Bila bandingkan gambar sakura di internet, memang sama. Maka, dengan cepat ambil gambar buat kenangan dan sentuh😝

Masa tu, memang jatuh cinta entah kali ke berapa dengan pencipta sekalian alam, Al-Khaliq, macam Uwais cakap-Allah is very good!

Mana taknya, Allah mudahkan perkara dari mula beli tiket sampai tercapai hajat nak cuti anak-beranak, dan tunaikan impian anak-anak bermain dengan salji. Dia bagi pula ekstra pemandangan bunga sakura di Yerevan yang berlatarkan Gunung Ararat. Sungguh excited masa tu memang tak ingat dah ambil gambar kecuali gambar yang bunga.

Suku pertama tahun 2017, dua perkara yang teringin nak buat/lihat tercapai yang lekat kat Vision board.

Alhamdulillah, hadza min fadhli Rabbi.

Sujud syukur kepadaNya.

What the mind of man can conceive and believe, it can achieve.

Biiznillah.

Tuesday 25 April 2017

Asid Amino Penting Dalam ESP

Apa-apa pun yang kita ambil mestilah dalam kuantiti diperlukan oleh tubuh kita. Setiap yang berlebihan mendatangkan akibat yang kurang diingini. Ini termasuk dalam pengambilan suplemen. Setiap keperluan tubuh adalah berbeza bergantung kepada saiz, aktiviti, faktor genetik sebagainya.

Tahukah anda?
Tubuh manusia memerlukan 21 jenis asid amino dalam proses menyediakan keperluan protein penting yang berlainan untuk fungsi tisu badan. 9 jenis asid amino yang penting tidak dapat dihasilkan oleh tubuh  manusia dan ia hanya terdapat dari makanan atau suplemen.

Dengan gaya hidup masa kini dan faktor sumber makanan kita yang agak dikhuatiri keselamatannya, pengambilan suplemen untuk melengkapkan asid amino bagi fungsi optimum tubuh amatlah diperlukan.

Bagi makngah, Energizing Soy Protein (ESP) adalah sumber asid amino yang penting terbaik. Jika konsisten mengamalkannya, tekstur kulit semakin baik, dan yang sangat ketara tumit merekah berkurangan kerana sumber protein yang mudah diserap disamping ia melengkapkan asid amino penting yang membantu melengkapkan proses sintesis protein di dalam tubuh.

Bukan sahaja untuk kulit, pengambilan asid amino penting di dalam ESP membantu memperbaiki kesihatan keseluruhan tubuh.

Nak order ESP, jangan segan-segan nak hubungi makngah. Boleh whatsApp nombor makngah +974 3343 2293
Pengeposan ke seluruh Malaysia.

Thursday 13 April 2017

Muhasabah Dan Impian

Kita kat dunia ni tak lama mana pun, sampai masa kita akan kembali kepada pencipta kita. Semua manusia berimpian, tak kira impiannya besar atau kecil, luar biasa mahupun yang biasa-biasa sahaja.Bergantung kepada perspektif individu memandang impiannya bagaimana.

Kata orang, berangan-angan itu percuma. Namun menggapainya bukanlah hanya bersandar di kerusi dan mengelamun sepanjang hari. Usaha ke arahnya bergantung apakah impian tersebut.

Sebagai seorang yang sedar dirinya hamba yang diciptakan untuk bukan sekadar hidup, setiap kita akan ada impiannya. Bagi makngah, impian paling tinggi adalah mendapat rahmatNya dari dunia hingga ke syurgaNya.

Jika melihat siapakah kita sekarang, setiap status sebagai hamba Allah, isteri, ibu dan anak-menantu kepada orang tua kita sudah semestinya impiannya menjadi seorang yang memberi manfaat kepada orang lain.

Dalam menyiapkan diri untuk menjadi seorang bermanfaat satu perkara asas adalah minta dari Yang Maha Esa kekuatan dan kudrat agar impian kita terlaksana. 

Sebagai contoh, kita mahukan anak-anak yang soleh, pertama sekali kita harus kenal diri kita. Kita sedar kita tidak sebaik mana, maka dengan itu, kita sendiri mula untuk memperbaiki diri. Sebagai Muslim, cara memperbaiki diri kita adalah dengan solat. Ramai yang solat tetapi masih tidak dapat perbaiki diri, di manakah silapnya?
Bermula dengan niat, tanya diri kenapa kita solat, untuk apa dan adakah kita menghayati setiap bacaan dalam solat kita.

Tiada solat, jika tiada wudhu. Wudhu yang sempurna, insyaAllah solat kita berpotensi untuk sah dan perlahan-lahan ia boleh mengubah kita menjadi lebih baik dengan syarat kita berusaha untuk menghayati solat kita. 

Segalanya perlukan ilmu, maka dekatkanlah diri dengan orang-orang yang benar ilmunya dan rajinkan diri untuk menghadiri majlis ilmu. Hanya dengan ilmu, ia menjadi panduan kita dalam usaha memperbaiki diri.

Apa pun impian kita jangan lupa, tiada daya dan kekuatan selain dari Allah swt. Semoga kita tidak mensia-siakan kehidupan yang singkat ini. Entah berapa tahun lagi rezeki oksigen untuk kita, maka buatlah sehabis baik apa sahaja yang kita kerjakan semampunya.
Moga kita sentiasa dalam keredhaanNya.
Biiznillah.

Tuesday 11 April 2017

Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Alhamdulillah, masih ada bekalan vivix ni.

Baru je buka, dan makan ambil untuk dos malam ni😊

Mula ingatkan vivix ni untuk orang berusia lebih 40 tahun je tak pun yang memang dah ada penyakit. Rupanya tak, vivix ni sangat sesuai untuk ikhtiar penjagaan kesihatan.

Kalau banyak membaca baru tahu ada lagi banyak benda kita tak tahu..

Satu suplemen yang makngah sangat syorkanlah untuk diamalkan.  InsyaAllah, berbaloi dengan nilainya.

Pertama kali mencuba vivix semasa Uwais pun tak sampai setahun lagi, tak ingat dah bila mula..samada 3-6 bulan lepas bersalin Uwais gitu. 

Tujuan nak cuba masa tu sebab Uwais ada eczema yang teruk. Teruknya sampai dia sedap garu, habis basah cadar tilam dengan darah pipinya😥

Masa tu, memang sambil-sambil 'belajar semula' nak kenal dengan eczema ni walaupun sebelum tu semasa lepas bersalin Daiyam, eczema makngah sendiri menggila. 

Allah, rasanya Tuhan je tau.. dengan jari yang sampai berair, mana nak mandikan anak-anak kecil lagi. Si sulong pun belum sampai 2 tahun, adiknya baru 2-3 bulan. Tinggal jauh dengan keluarga. Makan pun tak menentu, sebab beranak jarak tak jauh, makan ikut dan bagai. Eh, ter throwback pula😂

Kalau nak cerita throwback ni lebih 2000 patah perkataan hihihi.

Apa pun, setiap kesulitan pasti ada kemudahan selepasnya. Seperti difirmankan dalam surah al Insyirah, 2 kali Allah sebut.

Berbalik cerita eczema Uwais tadi, makngah cuba amalkan vivix untuk menguatkan imuniti. Eczema adalah satu masalah akibat dari gangguan imuniti tubuh kita. Bayi memang rendah imunitinya. Jadi, oleh kerana bayi yang menyusu ibu bergantung dengan pemakanan ibunya memang sangat perlu si ibu yang mengusahakan dirinya agar dapat membekalkan susu yang berkualiti untuk bayinya.

Tidak dinafikan disamping pengambilan suplemen lain seperti ESP, vitamin C, Omegaguard dan GLA Complex juga membantu dalam mengurangkan gejala eczema. Berkat doa dan usaha yang tak jemu umminya telan banyak jenis suplemen shaklee disamping mengelak pemakanan yang menyebabkan eczema mengganas, kurang setahun, kulit Uwais semakin kebal dan licin. Siapa ada tengok video Uwais diagah 2-3 hari lepas, masa tu umurnya 11 bulan lebih kurang. Semakin hari umurnya menganjak ke setahun dia kurang alah kepada makanan yang memang kita tak boleh ambil semasa tempoh penyusuannya.

Ada juga yang tegur, cepatnya eczema dia hilang, ada mengadu anaknya lebih setahun masih lagi teruk nak menjaga bab eczema anaknya. Alhamdulillah, biiznillah.. ikhtiar diizinkanNya.

Bab rezeki aku atau kau, semua Dia atur. 

Kita hamba doa, yakin dengan percaya bersama usaha.

Cakap pasal usaha ikhtiar, vivix adalah suplemen boleh dipercayai. Selamat dan tanpa kandungan steroid👍🏻

Rezeki lebih, memang kena terus amalkan vivix ni. Nak cerita kebaikannya pasti paling kurang tambah 2 kali ganda panjangnya karangan yang dah sedia ada ni😝

Kalau nak order pm makngah ya👌🏻

*******************************************

Bercerita kisah lama, berkenang pula gambar dua beradik ni, masa ni Adam pun setahun 2 bulan, adiknya dah ada dah😍

Tumpang lalu hehehe

Saturday 8 April 2017

Cara Meningkatkan Imuniti Anak Dengan Shaklee

Setiap hari ada aje mak-mak yang pesan kat grup mak epal hijau ingatkan teacher bagi makan ubat ikut masa tertentu.

Haish..takkan anta anak sakit ke nurseri juga kot? 
Oh, mungkin ubatan yang perlu diberikan susulan masa demam sebelumnya-mula sangka baik.

Ibu mana yang tak risau kan kalau anaknya sakit? 
Lagi-lagi ibu perlu berjaga malam jika anaknya demam. Yang mengalami mesti faham sangat keletihan dan kerisauan si ibu.

Bagi ibu yang bekerja memang tiada pilihan, mereka terpaksa juga hantar anaknya ke nurseri walau baru baik demam. Kita memang tak boleh nafikan peranan wanita bekerja dalam masyarakat.

Bila dah maklum tentang perkara tersebut, antara langkah terbaik adalah, kita ikhtiar untuk 'gagah' kan imuniti anak kita yang sekali bergaul ke sekolah dan nurseri. Makngah mula kerap bagi anak-anak Nutriferon sebagai ikhtiar perisai untuk imuniti anak-anak.

Antara suplemen yang tak boleh tinggal adalah :

Nutriferon
-meningkatkan respon imuniti tubuh 

Omegaguard
-omega 3 yang sangat bermanfaat pada tubuh sebagai anti keradangan dan sangat baik untuk perkembangan otak kanak-kanak

Chewable Vitamin C
-Penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi selain berperanan dalam meningkatkan imuniti

Alhamdulillah setakat ini, anak-anak makngah memang jarang-jarang tak hadir ke sekolah kerana kurang sihat asbab ikhtiar dengan 3 jenis suplemen ini.

Bagi anak-anak yang kerap demam, makngah syorkan untuk cuba konsisten dengan Nutriferon, Vitamin C dan Omegaguard.
Ikhtiar konsisten biar lama sikit tau, bukan habis sebotol terus tak bagi lagi..
Sebab, anak orang mungkin cepat tindakbalasnya berbanding anak kita.
Perbezaan mungkin disebabkan faktor pemakanan, tahap imuniti sedia ada anak masing-masing.

Nak order shaklee boleh klik👇🏼👇🏼👇🏼

Www.wasap.my/+97433432293/setsihatanak

Friday 7 April 2017

Kesan Jangkamasa Panjang Pengambilan Shaklee.

"Makan je la banyak buah dan sayur nak dapatkan vitamin dan khasiat semua..." berkata seorang muda

"Beras, sayur buah kita hari ni tak macam dulu dah.." berkata seorang yang dah berumur

Kalau nak bandingkan pendapat dua orang kat atas sudah tentu kita tahu yang lebih berusia bercakap mengenai pengalamannya; apa dia rasa dulu dengan yang sekarang.

Kita yang muda ni rajin sikit lah membaca, mengenal sekeliling. Ternyata sayur, buah, ayam, daging hatta beras kita hari ini pun tak macam dulu. Dulu makan masa berbulan dan bertahun nak dapat hasil. Sekarang dalam beberapa minggu ayam pun dah boleh disembelih untuk hasilnya.

Dulu, bila anak dapat belajar ke luar negara punya sayu lah hati mak ayah sebab akan susah nak berhubung dan akan boleh tengok muka lepas beberapa tahun dan paling kerap setahun sekali. Sekarang, setiap sejam si anak selfie gambar dia pastu hantar kat whatsApp group dan upload kat fb sampai ada mak ayah akan tegur supaya kurang-kurangkan bergambar😂

Semuanya kerana apa? 

Ya, teknologi seperti wi fi yang berkaitan dengan radiasi medan elektromagnetik yang tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Sekarang di mana-mana ada wi fi kan?

Pendedahan yang berlebihan sememangnya tidak baik untuk kita.

Setiap kemudahan yang kita ada sekarang semua ada 'bayaran' nya pada kesihatan kita.

Macam orang dulu, umur sampai 70 tahun ke ats pun tak tentu lagi ada penyakit kronik. Kita sekarang, tak sampai 40 tahun dah macam-macam penyakit. Sekarang nak salahkan siapa?

Tak payah tunjuk orang lainlah..

Kita sendiri boleh buat pilihan dan hasil pilihan kita, kita yang akan rasa.

Keadaan kita berbeza dulu dan sekarang. Ini kenapa pengambilan suplemen menjadi keperluan bagi ikhtiar untuk lebih sihat sementara kita masih bernyawa atas muka bumi. Sangat baik kesedaran pengambilan suplemen orang sekarang cuma mereka kurang teliti mengenai sumber suplemen yang mereka ambil.

Cuba lihat orang Malaysia sendiri, pelbagai syarikat makanan tambahan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, ini boleh dikatakan satu penanda aras sambutan rakyat Malaysia yang sangat menggalakkan.

Tahukah anda semua, suplemen Shaklee menjalani kajian yang dipanggil Landmark study dimana kajian ini dijalankan bagi memastikan keberkesanan dan kesan jangkamasa panjang pengambilan produk shaklee.

Kajian ini dibuat di atas permintaan Roger Barnett iaitu pemilik Shaklee Corporation untuk mendapatkan data saintifik tahap keselamatan pengambilan produk syarikatnya.

Risiko menjalani kajian ini adalah setiap data yang tidak memihak pihak Shaklee juga wajib diumumkan. Kajian ini dijalankan pihak ketiga iaitu kumpulan saintis luar yang tiada berkepentingan dalam syarikat.

Hasil kajian mendapati, tahap kesihatan pengguna shaklee jangkamasa panjang lebih baik berbanding individu yang tidak mengambil suplemen dan lebih menakutkan apabila data menunjukkan pengguna jenama lain lebih tinggi kadar menghidap penyakit kronik berbanding individu yang tidak mengambil suplemen.

Anda juga memilih ikhtiar untuk sihat dengan suplemen?

Pastikan suplemen kita benar-benar selamat untuk diamalkan dalam jangkamasa yang panjang. Makngah pilih Shaklee.

Biiznillah😊